Pertama kali aku mendengar tentang nama kumpulan ini aku menganggap mereka ni sebagai kumpulan pop kental ala Duran-Duran sebab bila tengok poster mereka ni pun dulu tak ada ciri-ciri rock langsung, sehinggalah aku dapat peluang mendengar album ketiga mereka - Pyromania, serta merta persepsi aku terus berubah! Malah setelah mendengar album itu aku terus mengkaji pasal band ni, ohh...sebenarnya mereka ni ialah antara pelopor NWOBHM seangkatan dengan Iron Maiden rupa-rupanya!
Album ni memang satu-satunya masterpiece mereka dengan 7 single hit dan jualan album yang mencapai tahap belasan juta keping seluruh dunia...Apa yang unik tentang album ini ialah gabungan harmoni vokalnya yang pelik, trademark bagi penerbit album-album country Shania Twain, (bekas laki dia pun) - Robert John Mutt Lange yang memang gah dengan harmoni yang kaya dengan note-note pelbagai dan range harmoninya pun memang susah orang nak tiru.
Dari sudut muzikalnya album ini bukanlah truely a heavy metal concept album, sebab stailnya masih ada lagi bau-bau pop yang mengambil elemen-elemen Bryan Adams dan sedikit bunyi-bunyian dari Huey Lewis and The News.
Single "Pour Some Sugar On Me"...memang klasik laa kan!?