Monday, August 20, 2007

Whitesnake...Live In The Heart Of Deep Purple???

David Coverdale sebenarnya dah terkena sumpahan Soldier Of Fortune pada pandangan aku kerana auranya dalam Deep Purple tidak kekal lama...sebenarnya dialah antara anggota grup Deep Purple yang seolah-olah macam tak pernah ada dalam band tu...

Mungkin jugak sebab kecewa, maka dia pun melahirkan sebuah band yang diberi nama seekor ular berwarna putih...Whitesnake!!!

Aku pun sebenarnya bukan tau sangat pasal mamat ni, cuma aku memang minat dengan band ni semenjak aku sekolah laaa...album 1987 / Whitesnake ialah album yang banyak nostalgia kenangan rock kapak pada aku...Album ini ialah album asli pertama yang aku beli dan memang dah jadi ukiran sejarah pada perjalanan tareqat rock kapak aku. He he!!!

Memang tak sah kalau tak bercerita pasal Adrian Vandenberg kalau nak cerita pasal Whitesnake...bagi aku sememangnya “solo” Adje dalam lagu Here I Go Again itu ialah penghidup semangat lagu tersebut...aku rasa kalau org lain main solo lagu tu...tak ada mender pun...

Sejarah perjalanan band rock kapak ni bermula pada tahun 1977 apabila Coverdale cuba memujuk John Lord untuk jadi backing musician pada grup terbaru dia...aku masih ingat satu interbiu yang aku baca dalam majalah Rock Revolution tahun 1990 bila Coverdale mengingatkan balik masa dia cuba book sebuah kelab untuk bikin showcase, dia sebut – “masa tu org tengah gila dengar lagu punk, tapi aku terkejut sebab bila aku bikin show...ramai juga umat yang datang...so aku rasa...ada org dah salah terjah dah”...

Album Trouble pada aku ialah sebuah album yang paling eksperimental pernah dibuat oleh Coverdale walaupun dia pernah cakap dengan aku melalui message board web dia yang album tu adalah album “miskin” dia...peh!!! apa-apa aje lah Coverdale, aku tetap cakap album tu best sebab aku memang gila dengar lagu – Love To Keep You Warm, dan aku pun pernah mintak izin dia nak cover lagu tu...entah bila aku nak buat pun tak tau laaaa...

Coverdale juga pernah bikin side album dengan gitaris Led Zeppelin, akhirnya dapat juga dia berangan jadi Robert Plant...kah kah kah !!!

Tapi...teringat pulak aku betapa sensitive nya Steve Vai bila aku tergelak kecik bila dia sebut pasal...Whitesnake..aku ingat lagi masa tu phone interview...aku tak puas hati, aku repeat balik masa session interview dekat Rentak Asia, aku tanya dia pasal muzik POP dan Whitesnake, aku tanya dia... ”kau rasa masa kau join Whitesnake tu kau tak sold out ke??” keh keh keh!!! Itu sebabnya bila aku tgk Vai punya Live DVD...dia ada sebut sikit pasal POP MUSIC...ha ha ha!!! Ikut suka kau laaaa!!! Marah ye?? Ha ha ha ha!!!!

Anyway, back to Whitesnake...hmmm aku rasa dengan rebranding kembali Whitesnake – bukan reunion yeee...sebab tak ada original member laaa...dengan barisan pemuzik yang mantap seperti Doug Aldrich, Reb Beach..aku tau Coverdale hanya memilih spesis musician yang paling baik untuk ular-ularnya...kah kah kah!!!

Heh! Masa aku tengah tulis blog ni aku tengah dengar Coverdale / Page...aikkkk??? Coverdale “walking in the shadow of Robert Plant?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...