Monday, August 20, 2007

Vinnie Vincent Invasion...Ouhhhhh!!! You Got A ‘eadache?


VVI adalah kumpulan syok sendiri pimpinan ketua kombo yang pernah bermain gitar bersama sebuah kumpulan yahudi yang cukup lagenda, KISS. Vinnie Vincent Cusano walaupun suka bermekap dan kelihatan seperti bapok ataupun mak nyah...namun demikian cuba bagi dia sebijik gitar...hmmmmmmmmmm!!!

Memimpin sebuah kumpulan rock kapak glam / sleaze / biker chicks (?) band yang memainkan lagu-lagu standard jiwang karat ala-ala mat cintan jiwang meleleh, kombo rock kapak ini diwakili oleh Mark Slaughter di posisi vokal, Dana Strum di bahagian bass dan Bobby Rock di bahagian dram.

Pertama kali aku mendengar permainan kombo rock kapak ini ialah ketika melihat videoklip mereka di televisyen dalam sebuah siri televisyen kegemaran Amerika...ha ha ha!!! Itulah lagu Love Kills yang dipetik dari soundtrack filem A Nightmare On Elm’s Street 4 yang menghiasi babak-babak sadis dan kejam Freddy Krueger...yeah!!! Love Kills!!

Jika di kaji dan di bikin autopsi pada sisa-sisa grup yang kemudiannya diambil alih pucuk pimpinan oleh Mark Slaughter dan diberi nama Slaughter (ni apahal bikin nama band pakai nama sendiri nih? Gila kuasa betul!) ini, VVI adalah sebuah rock group yang menggarap elemen muzik kental bawaan band biker chicks yang lain seperti Heart, Vixen dan sebagainya, cuma bezanya the latter adalah the real biker chicks punya band!!! The former lebih merupakan “jelmaan” atau pondanan sebuah grup rock kapak meleleh!!!

Sebenarnya kita janganlah mengutuk Scoin, New Boys mahupun Spoon sebagai band leleh...kat US tu pun sebenarnya berlambak band-band macam nih...

VVI pernah merakamkan dua album cuma satu aje yang pernah sampai ke telinga aku...mengikut lagendanya, Vinnie Vincent yang disyaki sebagai seorang yahudi pernah menganggotai band KISS, yang menggalakkan penggunaan kondom pada aktiviti-aktiviti seks bebas...hehe he!!!

Kehebatan band ini adalah pada kreativiti penulisan lagu oleh keempat-empat manusia yang terer main muzik ini. Katanya konsep band ini pada mulanya cuba mengemulasikan stail permainan a-la ACDC dan sedikit bunyian seperti Led Zeppelin, yang jelas kedengaran pada lagu Ashes To Ashes yang mengambil sedikit sebanyak riff Black Dog ataupun Whitesnake’s Still Of The Night...Aku pun tak tahu samada VVI ni masih ada lagi ke atau dah jadi aruah...entahhhh la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...