Skid Row adalah sebuah band yang seangkatan dengan Bon Jovi cuma berbeza sikit dari segi sound, musical arrangement dan skill permainan muzik. Dave "The Snake" Sabo dikatakan selalu menjadi "mangsa" practical joke Jon Bon Jovi...namun demikian sebenarnya Bon Jovi adalah band yang banyak memainkan peranan memperkenalkan depa ke persada muzik antarabangsa.
Itu serba sedikit pasai Skid Row...sebenarnya aku malas nak jadi rekod buruk nak ulang-ulang fakta yang korang boleh dapat kat internet, tapi sebolehnya aku nak review sikit pasai band ni dari kacamata (sinar mata?) aku sebagai salah seorang peminat hard core depa.
Sebastian Bach adalah antara idola vokal pujaan aku sepanjang aku kenal muzik rock kapak...posisi vokal ber nada baritone bass lemak-lemak sengau dan clean vocal adalah ciri-ciri utama mengapa vokal Sebastian Bach tidak ada sesiapa (kecuali aku...ha ha ha!!!) yang mampu menirunya...
Semasa aku belajar dulu pun aku banyak emulate style vokal mamat nih sebab bagi aku tone suara dia memang kedengaran "tajam"...terutama bia dia high pitch...wow!!! clean as a whistle!!! Dengar aje part bridge lagu Big Guns, siapa mampu bikin macam tu beb!
Scotti Hill merangkap pemain gitar yang mempunyai skill licks yang sempoi dan memenuhi rhytm sections Skid Row dengan permainan gitarnya yang excellent.
Sound bagi band ni banyak bergantung kepada sleazy style playing tiga rhytm section frontline depa, Rachel Bolan, Scotti Hill dan Dave Sabo, in terms of guitar arrangement aku raser depa punya kolaborasi ni agak natural laaa...depa stick to one musical style...which is hard rock dan kemudian progress kepada musical style a-la grunge marah yang tak laaa jahat sangat punnn..
Skid Row adalah antara band yang berjaya membuatkan aku suka dengan depa, bagai cinta pandang pertama...setau aku depa ada tiga album official dengan Sebastian Bach sebab lepas Subhuman Race setau aku Bach dah kena sepak dengan depa pasal ada kes dengan Rachel Bolan kot...???
Bila bercakap pasal album depa, aku akui the first self titled album depa adalah among the best hard rock album tahun 80an yang keren gitu! Aku raser album tu pernah menang award kan??? Album Skid Row (tajuk album daaa!) adalah sebagai salam perkenalan dari band yang angkuh dengan musical landascape yang jitu dan kental!
Album kedua depa Slave To The Grind memang kalau nak ikut kepala otak dah kedengaran macam preachy sikit laaa...dok kritik pasal politik, isu perkauman, masalah mengenal tuhan, tercari-cari arah (but not in a musical sense...dalam aspek muzikal mereka masih jaguh!) ...antara lagu yang paling superb aku dengar ialah Wasted Time, memang rock leleh ala omputeh tak ingat...
Subhuman Race membawak mereka ke alam kesufian yang maya...depa bercerita tentang org gila, tentang musuh dalam selimut (My Enemy...mungkin ode to Rachel Bolan kot???)
Skid Row adalah antara gergasi rock kapak yang diharapkan untuk membikin reunion kembali bersama-sama dengan vokalis asalnya...kah kah kah!!!