Baru semalam aku sambar CD ni sebab apa ada DVD tentang cara-cara depa buat muzik depa...(entah aku pun tak faham trend semasa sekarang ni yang mesti kena ada DVD the making of, mungkin nak suruh fan beli sebab tak mau depa download dari internet kot? Sebenarnya aku dah lama download mp3 lagu depa ni jadi aku rasa trick depa menjadi laaa).
Tidak sehebat "Just Push Play" yang penuh dengan idea muzikal yang hebat...aku rasa macam Steven Tyler dah tidak kreatif lagi macam dulu, sebab apa...melodi, susunan muzik dan permainan gitarnya macam dah boleh agak dah nak kemana.
Tapi ada jugak laa dua tiga lagu yang memang layan sebab rock tua ni makin lama makin banyak santannya...ha ha ha ha!
Seperti biasa Steven Tyler juga banyak bereksperimen dengan alat-alat muzik yang tak ada kena mengena langsung dengan muzik rock...memang sadis orang tua ni...
Tak banyak aku boleh komen pasal CD ni cuma aku rasa cover CD nya tak menggambarkan kematangan depa sebagai band rock tua yang keren...