Sunday, November 11, 2012

Warrant...the best 90's band ever!

Ini ialah kumpulan glam-rock-mousse-hair-gel yang paling keren dalam era rock kental aka hard rock bersulam bunyi-bunyian gitar bingit yang bising ala heavy metal. Dijayakan oleh jejaka-jejaka macho "jambu" yang menggunakan kelebihan itu untuk menjual muzik, Warrant dianggotai oleh Jani Lane (vokal) Erik Turner dan Joey Allen di bahagian gitar, Jerry Dixon di bahagian bass dan Steven Sweet di bahagian dram. CD pertama mereka, DRFSR menampilkan karya evergreen seperti Heaven (classic!), Sometimes She Cries dan Down Boys yang banyak menghidupkan era glamrock yang sweet gitu.  Album ini juga diterbitkan oleh produser legend ketika itu - Beau Hill yang terkenal dengan produksi album yang meletup di era glamrock yang amat power dengan ballad rock dan solo gitar yang mengancam. Album pertama mereka ini menyaksikan catatan sejarah bahawa ini ialah antara band glamrock yang segah nama-nama besar yang lain seperti Guns N Roses, Poison,  Twisted Sister dan sebagainya.

Cherry Pie pula ialah satu-satunya album kontroversi yang sehingga kini menjadi mimpi ngeri mendiang Jani Lane, dalam salah satu temuramahnya, beliau sendiri menyatakan perasaan kecewa terhadap kurangnya freedom of creativity yang mereka perolehi sepanjang pengolahan album studio kedua mereka ini. Namun demikian terdapat juga lagu-lagu yang membuktikan kematangan mereka sebagai sebuah band, aku menganggap lagu-lagu seperti The Song and Dance Man, Blind Faith (sebuah ballad yang asyik!) dan juga olahan semula lagu Train, Train yang merupakan karya asal kumpulan Blackfoot agak berjaya menampilkan kematangan muzikal kumpulan ini. Malah ini ialah album paling baik sepanjang kewujudan Warrant walaupun videoklip mereka Cherry Pie pernah diundi sebagai videoklip paling buruk dalam sejarah MTV.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...