Masa aku mula-mula beli kaset album The Black Crowes ni cuma yang kelihatan panties bendera America aje yang lain semua di hitamkan...tapi bila aku lihat cover CD asalnya aku rasa macam...errrr...seks dan rock n roll!!! itulah dianya!!!
Album The Black Crowes pertama yang berjaya menarik perhatian aku pada band ini bukan kerana cover nya yang kontroversi, tapi kepada "soul" vokalisnya yang memang blues habis...pertama kali mendengar single A Conspiracy, mati-mati aku ingat ni band negro...memang saduran bluesnya amat pekat walaupun terdapat juga campuran dan kombinasi southern rock yang amat pekat...
Album ini juga ialah salah satu album yang banyak berpengaruh dalam hidup aku kerana soul nya memang amat terasa dan menusuk ke dalam jiwa...mendengar vokal Chris Robinson memang membuai dan berjaya memulihkan semangat seorang loser yang kental macam aku...lagu-lagu dalam album ini adalah penyelamat peribadi tatkala jiwa diruntun kebimbangan tentang hidup.
Kalau aku dapat jumpa band ni aku akan peluk mereka sekuat-kuat hati aku kerana bagi aku mereka memang hero remaja aku...ha ha ha ha!!!