Monday, September 8, 2014

lapan tahun berlalu...masih picisan!

Peringatan : artikel ini ditulis dalam bulan November 2012...ha ha ga!


sebenarnya menulis dan meracau ialah kegemaran aku...terima kasih kepada blogger.com dan banyak blogger-blogger yang ada dalam alam maya ini, aku berjaya meminimakan ketagihan aku untuk menulis.

Sebenarnya minat menulis ini datang dari pengalaman aku menulis tentang muzik. Aku masih ingat tatkala aku bermula di sebuah penerbitan majalah muzik yang underground gitu, aku memulakan minat menulis dengan mengarang review CD dalam kolum majalah tu. Ya, mungkin tak ramai yang tahu bahawa aku adalah seorang bekas wartawan, pengarang dan mungkin juga bidang terjun untuk graphic dept. penerbitan itu.

Banyak sebenarnya perkara aku belajar dalam masa aku bekerja selama dua tahun di penerbitan tersebut...ohh ya! lupa, aku bekerja di ROTTW Publishing semenjak tahun 2001 sehingga 2002. Bermula dengan gaji RM900 (masa tu memang first time dapat gaji banyak tu, aku memang seronok gila) sampailah tiga bulan lepas kerja kat situ gaji aku naik lagi mencanak jadi RM1500! wow! pelik kan? tak pelik kalau majikan kita menghargai nilai kita sebagai pekerja dan aku yakin aku banyak memberikan kontribusi kepada penerbitan itu melalui penghargaan bekas majikan aku yang begitu mendadak...sebenarnya aku bukanlah hebat sangat pun menulis, cuma sebagai peminat muzik, pengetahuan aku agak overwhelming, aku tau semua dari 50's music sampailah ke segala apa muzik yang ada ketika itu sebab aku tidak pernah menghadkan pendengaran aku ke satu genre muzik sahaja.

Banyak juga pengalaman berharga aku timba ketika itu, aku masih ingat bagaimana tekunnya pemuzik-pemuzik dari pemain gitar Joe Satriani sehinggalah kepada band Spring (band yang paling last aku interview) yang begitu tekun menjawab soalan-soalan aku yang simple aje pun tapi entah bagaimana berjaya menusuk ke sanubari dan jiwa mereka...mungkin sebab aku pun minat muzik sama dengan mereka kot?

Seriously, pengalaman berharga aku yang menjadikan aku serba boleh sekarang ni aku dapat dari majalah ini, namun demikian aku rasa agak sedih dengan kualiti majalah itu buat masa ini...aku dah tak ingat tahun bila kali terakhir aku membeli majalah ini kerana tidak seperti zaman aku bekerja, majalah ini ialah wadah untuk musician berfikir dan mencari kesempurnaan, malangnya tatkala ini majalah ini hanya pemuas nafsu  budak-budak underground yang gila nak  berposing di majalah...dah tak ada nilai dah majalah ni.

Dulu pun  sebenarnya ramai para pemikir hebat dalam majalah ni, yang sama-sama berusaha nak memartabatkan dunia muzik Malaysia kononnya...entah!

Anyway aku amat berharap agar majalah ini memberhentikan menumbuk rusuk tak sudah-sudah dan membangkitkan persoalan kebudak-budakan yang rigid dan redundant yang tak mampu membuatkan pembaca tercabar minda untuk berfikir...cubalah berfikir di luar kotak,  maka kita akan diapresiasikan dan tak mustahil gaji anda akan naik dari RM1500 sebulan kepada RM4000 sebulan sebab anda berfikir...bukan nak mendabik dada cuma bayangkan, budak hingusan yang tak tahu apa-apa pasal bidang journalism macam aku boleh  memanafaatkan segala fasiliti  yang ada  dengan kreatifnya, inikan pulak penulis-penulis masakini yang lebih futuristik dan lebih hebat dari aku untuk mengembalikan semula majalah ini ke zaman-zaman kegemilangannya ...

sekian, terima kasih...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...