Sunday, September 7, 2014

empat belas tahun berlalu...masih hingusan...belum dewasa lagi kot? the sequel to lapan tahun berlalu...tadaaa!!


yes, sebenarnya aku dah lama tak ikut dah...lama jugak laa...lagipun harga dia kat sini boleh beli sebijik Big Mac kat McD...iye. aku tak ikut desakan orang suruh boikot McD, aku punya suka laa..duit aku bukan mintak kat korang pown!

aku ada terbaca laa depa punya kompilasi siri-siri penumbuk yang kononnya membuka minda...cuma aku tak nampak lagi apa benda yang depa cuba buka?? buka seluar? buka underwear lepas tu tinggal kat dalam toilet supaya ada orang boleh jumpa?? ha ha ha!!! sialan...aku jugak yang kena...aku mana pakai underwear PUMA...aku pakai underwear cap ayam aje ha ha ha!!

serious aku tak nampak kewujudan "buku merah" nih dalam sudut memartabatkan industri muzik Malaysia...seriously aku memang tak nampak!!! mungkin ini buku revolusi yang nanti katanya akan setaraf dengan Mein Kampf?? risau juga aku!!

Sebenarnya seni mengkritik perlulah halus dan jangan obvious sangat...aku masih teringat zaman rebel yell aku dalam tempat tuh...aku kritik juga...komen juga tapi tak lah sampai membodohkan diri aku sendiri...setiap benda yang aku komen dan kritik mesti aku ada senjata kat belakang yang akan membantai balik siapa-siapa yang fire aku lepas tu...tapi..bila aku baca secebis demi secebis...aku nampak...banyak yang bebudak nih nak kena fire nih!! semuanya meraban...mengarut dan tak ada benda ilmiah nak disebut...

lagi satu bila komen, mesti halus...janganlah kau bantai satu bahan ujikaji kau tu sampai tak bernafas dia!!! seriously, kau tak suka, kau tak minat K-POP, tapi siapa kau nak kutuk K-POP kalau K-POP ada beratus ribu peminat yang sanggup lynch kau bilamana kau kutuk band faverit depa??



Lagi satu, bila kau mengomen dan mengkritik...jangan letakkan diri kau superior dari pembaca yang membaca komen kau...sebab aku tau, aku ada pengalaman menulis di dua buah publishing house yang berbeza...kau kena letakkan diri kau pada subjek yang kau tulis...kau kena empati dan faham kenapa subjek kau begitu dan kenapa subjek kau jadi macam tu...bila kau ada empati maka kau akan tulis dengan berhati-hati tanpa mahu mencederakan hati sesiapa...lagi baik kalau kau tulis, "ini sekadar pendapat saya"...maknanya kalau lepas tu kau kena bantai...kau tanggunglah sendiri...tapi macam aku...apa aku tulis aku dah sedia argument untuk cover jubor aku...ha ha ha!!!

dan sebenarnya, apa yang kau tulis tuh melambangkan siapa kau, se arogan mana kau...dan lagi penting...pengetahuan kau takat mana...orang yang tinggi ilmunya dia tak mendabik dada dan kata - "ukkk elleh! Butterfingers rip off Radiohead siottt!!" memang kau dah tunjukkan kelemahan kau bilamana kau sebut tuh...apa salahnya bila kau sebut..."owhh terlalu pekat slanga Thom Yorke pada tenggorok Emmet bila dia nyanyi lagu sekian-sekian"...at least orang baca, orang tau kau ada stail!! kena tu kena juga tapi yang terkena tak rasa macam kau bodohkan dia! aku selalu alas soalan aku bila aku tanya benda sensitif macam tuh...selalunya aku akan tanya, "aku bila dengar lagu ni aku teringat dengan Bon Jovi, kau ada refer mana-mana album depa kah sebelum kau rakam lagu nih?"...at least soalan aku tak mencetus kemarahan sebab biasa laa...kord kau main dan phrasing kau kadang-kadang, even melodi pun sama...kau tak boleh laa belagak macam sial kata kau original padahal artis sebelum kau dah rakam banyak lagu, guna kord progression sama aje...so kau rasa kau bagus sangat nak mengamuk bila aku tanya soalan cenggitu??

satu sessi interview aku yang mengubah persepsi soalan aku ialah bilamana aku interview FTG, bassist dia memang panas hati bila aku tanya pasal muzik "inang", dia tanya aku...kau tau ke Inang tu macam mana rentak dia?? memula aku marah gak...macam bodo aje dia fikir aku kan?? tapi bila aku kaji muzik Inang aku baru tau apa maksud dia...maksud dia, tak ada siapa pun manusia dalam dunia nih tau rentak Inang asli tu macam mana...yang ada nih semua Bollywood punya ha ha ha ha! thanks for educating me...ha ha ha!!! sebagai wartawan kau kena jangan sensitif bilamana musician bantai kau macam nih...sebab aku faham...lepas kau kena bantai mesti kau dah mark dia lepas tu kau akan bantai dia balik...bila kau review album dia lepas tuh, kau bantai dia kaw kaw...aku tau...aku pernah buat...itu dosa aku masa jadi wartawan...aku bertaubat! ha ha ha!! kau kena ingat gak...kau jangan fikir kau bagus gila babi...ada lagi yang lagi bagus dari kau...ha ha ha!!

ye, aku tau...kau benci gila babi dengan The Moffats, Katy Perry apa semua, tak setanding dengan nafsu telinga Bourgeois Elitist kau...tapi at least apa perasaan kau bila kau buat lagu gila babi punya best tetiba ada wartawan bodo kata - "I hate your last record, you are trying to become like Bowie which I despise!" yaaa betul! kau benci Bowie...tapi masalahnya...kau siapa? Bowie dah kaya raya sebab lagu dia semua orang suka! kau nampak justifikasinya disitu??

Menulis biar ada seni, umpama menarik rambut dalam tepung,..tarik pelan-pelan...jangan gelojoh nak tunjuk kau juara...ha ha ha!!!

seriously, aku tumpang sedih atas kejatuhan majalah yang pernah aku menulis di dalamnya dan pernah sama-sama cuba menaikkan martabatnya...nampaknya usaha aku sia-sia...ha ha ha!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...