Kat atas nih ialah salah satu contoh "dosa" yang aku dah buat pada bidang kewartawanan...if you knew something that is ahead of you, you just shut your mouth...and then bila sampai masa...kau hanya senyum aje sebab apa kau rasa tuh betul...
sebenarnya ayat kat atas ni lah yang membuatkan aku dibakar hidup-hidup dalam bidang kewartawanan...aku dianggap sebagai witch of Salem sebab aku telah dikatakan sebagai seorang ahli sihir kerana telah meramalkan benda masa depan dan benda tuh betul!! ha ha ha ha!!!
serious, manusia-manusia nih sebenarnya tidak mengkaji dan mengetahui bahawa untuk "membenarkan" kenyataan di atas, kau tak payah guna silly magic mumbo jumbo untuk justify apa kau cakap...logik akal...
bila musician bikin band...kebarangkalian untuk depa melingkup ialah 99.9%, Jadi sebagai wartawan kau kena tahu semua tuh...dan kau kena buat satu rentetan (chronology) perjalanan band yang kau kaji tuh dan kau kena buat satu graf carta pai dalam kepala hotak kau dan buat kiraan anomali matematik yang akan memungkinkan bahawa benda yang kau tulis tu samada betul atau salah...ini semua logik akal yang perlu kau guna, tak perlu guna bapak jin untuk tunjukkan masa depan pada kau, atau kau jual jiwa kau pada setan demi mengetahui perkhabaran dari langit yang dicuri dengar oleh jin dan setan dan disampaikan kepada manusia untuk memporak perandakan manusia...sebab perkhabaran itu pun sebenarnya adalah satu pembolehubah yang bergantung pada pilihan kau sendiri...
not everything in this world is perfect and balanced..kalau seimbang semuanya akan jahanamlah semua makhluk Tuhan...kita hidup dalam ketidakseimbangan dan bila band yang aku tulis nih meligkup satu masa dulu...itu ialah satu bentuk panggilan semulajadi bahawa sesuatu perlu diubah dan bila kau dah ubah benda tu semua benda akan kembali normal...
it is logical common sense. itu sebab ayat Quran hanya orang yang berfikir aje mampu dan boleh faham...sebab kau kena faham satu benda ni...nothing is certain except death and taxes...ceh! bermadah pujangga plak aku!
dan pada tahun 2005, band yang melingkup nih akhirnya bercantum semula dengan band members lama depa dan mulalah akhirnya aku yang pernah dibuang kerja dulu dipanggil balik untuk menulis...aku dah tau dah pun...aku akan dipanggil balik...I try very hard to convince dia apa aku buat...tapi mungkin dia tak faham cara pengiraan aku walaupun dia faham benar dengan konsep "decision tree" yang dia sendiri yang ajar aku!! tapi bila aku kasi tau konsep yang susah sikit orang tua tu mula pandang aku jaki aje ha ha ah!!!
selalu gak aku kena sound, "kau nak tulis jangan melampaui Tuhan pulak"...hukk ellleeehh!!! dia tak tau aku dengan Tuhan kamceng gila babi...Tuhan dengan aku tak ada dinding dah...anytime aku boleh tanya Tuhan apa aku nak tau...rahsia dia?? ha ha! apa Dia suruh buat, buat laa...lagi satu kalau kau jumpa apek tepi jalan pakai compang camping, ringankanlah tangan kau hulur dia sekeping dua...kalau yang warna purple yang besar tu kau bagi dua tiga keping...lagi best gak! orang kuat bersedekah nih Tuhan ada kat kiri kanan dia...ha ha ha!
semua orang boleh sampai tahap macam tuh, tak payah sebenarnya kau nak pi pondok belajar benda bukan-bukan, ilmu tarikat makrifat nih semua apa ada hal? lebih dari itu pun kau boleh tau...
errr...sebenarnya satu aje...
apa benda kau buat dalam dunia nih semua kena ikhlas...
"Hanya Yang Maha Kuasa sahaja akan menentukannya!"
ha ha ha!!
ps: aku teringat sessi aku interview kumpulan Raihan...aku tau interview tuh sebenarnya nak uji ilmu aku...ilmu? meraban selalu ada laaa...aku mana boleh lawan pak ustaz - pak ustaz yang dah jual album lebih dua juta keping!! depa lagi terer...tapi aku masuk studio depa aku layan aje...aku dah "nampak" dah apa benda yang depa nak bantai aku...last-last aku tanya satu soalan aje..."kalau kau yakin muzik nih baik, kenapa kau support label yahudi?? kan yahudi nih jahat?"...serious aku rasa salah seorang ustaz tu dah nak lempang aku dah...depa tak tau ke label depa bernaung tu Ahmed Ertegun yang punya?? ha ha ha ha!!!
