Ada satu artikel aku tulis masa aku punya second coming dengan majalah tuh...tak silap aku isu Marilyn Manson...seriously aku dah tak ada dah isu tuh jadi aku tak dapat nak scan nak letak kat sini...antara artikel yang aku sendiri sampai sekarang tak tau samada aku yang tulis atau orang lain yang tulis...sebab meracau tahap...
Apa yang aku ingat masa tuh aku masih tahun 2 di UNIMAS, masa tuh memang tengah meletup filem "Ada Apa Dengan Cinta"...ha ha ha!!! Aku tak terfikir pun nak meracau entah apa-apa tapi aku yakin artikel tu lah benchmark untuk majalah tuh sebab aku rasa lepas artikel tu tak ada dah rasanya artikel yang meracau macam tuh...
Aku tulis tu sebenarnya sebagai homage kepada dua tiga isu masa sebelum aku kena buang kerja dek boss aku pasal dia kata aku sangat rebel dan dia tak sanggup lagi nak simpan aku sebagai wartawan sebab aku dah damage kan majalah dia ha ha ha! Homage tuh sebab masa aku tulis beberapa artikel aku rasa ada pulak dua tiga orang pembaca upahan yang dah dok target attack kasi bunuh reputasi aku sebagai penulis...macam-macam aku kena...dosa aku sebab aku kutuk Linkin Park aje...aku sampai sekarang tak boleh masuk Linkin Park...aku rasa muzik Linkin Park tu sesuai untuk zaman tu aje...tapi anak aku minat...mungkin inilah balasan Tuhan pada aku ha ha ha!!!
Artikel tuh kalau aku baca balik...aku gelak aje sebab entah apa-apa...tapi kebanyakan peminat tulisan aku zaman dulu masa aku masih bekerja menyatakan pada aku bahawa itulah penulisan aku yang paling gila babe dan paling menyentuh naluri depa...ha ha ha!! aku aje cakap nih...tak ada bukti pun ha ha ha!!!
Aku persoalkan pasal muzik sebenarnya, inti dia ialah...kenapa orang suka bergaduh sampai nak bunuh orang hanya sebab mazhab muzik kau tak sama?? muzik sebenarnya ialah wadah untuk kau kenal mengenal dan empati antara satu sama lain...tapi bilamana kau guna muzik untuk tunjuk kau jantan paling cool dalam dunia dan muzik orang lain yang kau tak suka ialah sampah untuk kau...you need to check yourself into a psychiatric clinic somewhere...kau adalah manusia paling rasis dan lebih rasis dari Nazi sebab kau tak suka benda yang tak pernah cari kacau dengan kau...hehe!
...dan aku rasa, kalau kau nak tulis sesuatu...kau rujuklah artikel aku tuh sebab artikel aku tuh ialah satu holy grail bidang penulisan yang mungkin akan menang anugerah Pulitzer Prize atau Anugerah Nobel sebab ianya sangat mantap dah hebat...entah?? bila masa aku tulis...aku pun tak tau...tak mampu nak recall...apa yang aku tau...bila dia print aje...benda tu ada dan nama aku pulak ditulis sebagai penulis artikel tuh...sumpah aku tak tau!!
HA HA HA!!!!
.jpg)