Thursday, August 23, 2007

Queensryche...The Thin Line Between The Hear In The Now Frontier...





Queensryche...The Thin Line Between The Hear In The Now Frontier...

Ada org cakap Queensryche terlalu taksub dengan Pink Floyd..entah!!!??? aku tak berapa dengar sangat lagu-lagu mental macam Pink Floyd sebab bagi aku...BUANG MASA!!! Sorry bang, saya pun kengkadang primadonna gak macam abang...kah kah kah!!!

Queensryche sebenarnya cuba untuk menembusi psyche dan kepala otak Pink Floyd dengan mengeluarkan lagu-lagu yang bermain-main dengan pelbagai dimensi...yang paling best dimensi gila hanya org gila aje faham...kira boleh laaa aku anggap Queensryche ni band sufi laaa...keh keh keh!!!

Lagu-lagu macam The Thin Line, sebenarnya pada firasat aku banyak mengenengahkan perasaan yang diluahkan melalui note muzik yang pelbagai, ada mood kental, mood marah, mood merayu...kiranya macam experimental bangang laaa...tidak dinafikan memang susah jugak laaa bagi pemuzik terutama pemuzik Malaya yang asyik main C chord, D chord lepas tu pusing-pusing...bagi aku musical landscape band ni memang luas dan selapang mata memandang...

Queensryche kemudiannya cuba bertukar kepada mood grunge dalam Hear In The Now Frontier...tapi tak laaa selebet sangat kan??? Sebab bagi aku kalau kau dah jadi sufi musician kau turun ke mana pun musti kena!!! Banyak juga lagu dalam album ni yang bermain dengan perasaan...kelebihan band ni ialah memasukkan elemen-elemen “industri” menjadi pimpinan kepada mood lagu-lagu kental dalam muzik bawaan mereka...

Banyak benda sebenarnya aku nak cakap...tapi aku tak ada mood laa nak membebel panjang...banyak benda lain yang lebih berfaedah aku boleh buat...ciao cin cao!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...