Jon Bon Jovi adalah peneraju utama band ini...perlu diingat...nama band ini adalah berakar umbikan nama keturunan dia...namun demikian aku raser relevannya, depa tetap dah macam satu keluarga besar Bon Jovi sebab...dari dulu sampai sekarang muka yang sama aje join band ni...kecuali bassist dia yang bersara main muzik.
Aku mula meminati band ini semenjak aku mula mengenal rock kapak...eh! sebelum tu aku nak ingatkan balik...korang tau tak kenapa band melayu kat Malaysia ni kalau vokalis dia atau mana-mana band members depa mesti ada nama band??? Macam Acik Spin, Joey Mega, Mail XPDC...tu semua pasal kebanyakan nama band omputeh adalah nama pemuzik depa sendiri macam Van Halen – Eddie Van Halen, Dokken – Don Dokken...keh keh keh!!! Itulah realiti sebenarnya...ha ha!!!
Okay, back to Bon Jovi...dulu aku pernah simpan koleksi MTV depa yang official – Breakout, malangnya kena rembat pulak dengan org gila...ha ha ha!!! Bagi aku Bon Jovi adalah evolusi dari rock glam era lampau seperti Kiss, Aerosmith dsb yang lebih bersifatkan AOR...market punya band laaaa...org cakap apa??? BAND DARI KILANG???
Tapi...pedulik apa aku!!! Kalau tidak kerana depa mungkin aku tidak belajar apa itu lagu yang sedap dan menjilat jari...Bon Jovi memang terkenal dari segi lagu-lagu cinta omputeh yang progressive...tidak dinafikan memang melekat. Kekuatan Bon Jovi juga terletak kepada kekuatan petikan gitar Richie Sambora yang memang...
Aku mulai mendengar Bon Jovi dari album Slippery... sehinggalah ke album These Days...lepas dari itu telinga aku dah tepu untuk menerima muzik AOR macam Bon Jovi...namun demikian, album Have A Nice Day dan selepas itu...mengembalikan Bon Jovi kepada kredibiliti muzikal yang tiada taranya...
Sebenarnya aku dah hampir nak dapat interbiu dengan Richie Sambora untuk sebuah majalah gitar...malangnya...hmmmm...hmmmm...hmmmm...majalah tu dah bungkus daaaa...WHATEVER!
Well...mintak maap, aku belum dengar dan mungkin tak mau dengar album baru depa...Lost Highway...entahhh laaa!!!