...Org kata, telinga masing-masing lain selera...sama juga macam bila mati esok kubur pun lain-lain...tapi sebenarnya ada kesilapan pada pemikiran yang semacam tu. Sebab sesuatu bunyi itu masuk ke dalam telinga seseorang melalui proses yang sama...sistem audio mereka pun sama...tak pernah pulak aku dengar telinga seorang mamat ni equipped dengan Dolby System ataupun THX...menipu semua tu. Raw materialnya sama.
sebenarnya ego seorang manusia yang memberikan nilai kepada bunyi yang didengar...
Pengalaman itu aku belajar semenjak aku kecik lagi...aku dah mendengar muzik semenjak aku berumur tiga bulan...lagu pertama aku dengar, Black Magic Woman - Santana...tak percaya telefon laaa bapak aku...dia boleh cerita...
Memula aku dengar muzik secara formal (ha ha ha!) ialah ketika aku berumur enam tahun...abang aku adalah seorang peminat muzik dan masa dulu bapak aku memang seperti bapak-bapak musician legend yang lain (ehemm!), ada turntable, ada LP, EP apa kejadah semua tu...so, tiap-tiap hari abang aku musti mainkan lagu Tina Charles...sampai sekarang...setiap kali aku dengar lagu Tina Charles, aku akan "time travel" balik ke dunia bebudak kecik aku...setiap note muzik yang aku dengar dalam lagu tu dah macam satu recorded moments suasana, keadaan, bau, rasa, perasaan zahir, perasaan batin dan kenikmatan hidup sebagai seorang manusia. Selain Tina Charles, aku juga mendengar band-band supergrup seperti The Nolans, Billy Joel dan sebagainya...memang poyo laaa aku nak dengar band rock macam Kiss, Def Leppard apa semua masa tu...sebab masa tu kan muzik macam tu apa kelas...kalau abang aku main sure mak aku rembat turntable tu...faham-faham aje laaa, mentaliti Melayu dan lagu rock setan...ha ha ha!!!
Selepas tu aku meminati pula muzik-muzik semasa yang dimainkan kat radio...biasa laaa...masa tu mana ada internet, download lagu mana wujud lagi??? Tak la mewah dengan download free macam laaa ni...peh! Aku ingat lagi time Grammy Awards, macam-macam bentuk muzik aku dengar...dengan lagu bapok tak bapok, gay tak gay...tomboy tak tomboi...kira melalui lagu-lagu depa ni aku kenallah kebejatan dan kesetanan org Amerika yang kita selalu kutuk sebagai negara setan...tapi kita tak malu nak surf internet, surf web porn depa...ha ha ha!!! manusia dan dugaan hidup, bukan begitu bang???
Umur menengah aku meyaksikan pendedahan kepada muzik-muzik setan yang memang tidak berapa disukai oleh cikgu-cikgu dan mak bapak serta guru-guru besar...dulu pun sebelum aku minat rock memang aku suka kutuk lagu rock nih...abang aku yang bongsu dulu memang gila dengar muzik setan mcm Scorpions (masa tu laaa), Kiss apa semua tu...tapi dia tak laaa sampai gila macam aku buat koleksi CD sampai tak ingat!!! Aku memang kurang suka laaa lagu-lagu bingit ni dulu sebab...maklumlah...aku mana minat lagu-lagu setan ni dulu...
Sampailah masa aku mendengar satu lagu yang teramat hebat dari sebuah kumpulan rock kangkang (ha ha ha!!! macam sial!) dari New Jersey...punyalah gila aku dengar lagu depa...sampai mak aku bising...ya laa...radio ada satu...lepas tu pasang pulak lagu-lagu memekak macam tu...tapi mak aku sporting...ha ha ha!!!
Makanya evolusi (ha ha ha!!!) muzik dan pengalaman merentas kanvas seni bunyi yang pelbagai telah melayakkan aku menjadi pengkritik paling macho dan ganas di layar perak...ha ha ha!!!
Sekarang ni tak ada siapa boleh tipu aku...cakap aje lagu apa...semua aku dengar...telinga aku tak mengamalkan dasar apartheid sebab aku tak mau jadi bodoh nak jadi balaci EGO bangang aku...
Dari pengalaman hidup aku mendengar muzik...aku yakin dengan satu benda...telinga kita sebenarnya sama...tak ada sekor pun manusia ni yang ada letak hi fi sound system dalam telinga dia...so kalau dia kata lagu tu tak sedap...bukan telinga dia yang cakap...EGo dia yang cakap...
sebagai contoh laaa...mungkin seorang editor sebuah majalah muzik tidak menyukai muzik kumpulan X kerana label band tersebut tidak mahu letak iklan kat majalah dia...
bagi aku...there is no zuch thing as labeling dalam muzik, pegi mampus laaa kau nak kasi label ka, apa ka...yang penting...signal yang kita dengar semuanya sama...
cuba-cuba laaa rendahkan sikit EGO tuh...