Sunday, December 2, 2007

Ya Live Ya Life Like Its A Cou Ma!



William Axl Rose adalah seorang epigone yang cuba sedaya upaya menjadi simbol epitome pada masa yang sama!


Memang carutan dan makian adalah makanan ruhani William Axl Rose, tapi bagi aku beliau adalah seorang "poet" yang cukup memahami kemelut kehidupan dan ujian dunia.


Kalau tidaklah kerana dia telah berjaya meng cover kan lagu Live And Let Die dengan jayanya dan penuh perasaan dan bersemangat cuba menjadi seorang peng empati yang jujur, mungkin aku tidak akan faham maksud "usaha tangga kejayaan" sampai sekarang.


Bila mendengar lagunya ketika usia remaja aku, tidak keterlaluan aku katakan beliaulah penyelamat zaman remaja aku yang penuh kekacauan minda, kekosongan jiwa, kebuntuan pemikiran dan beliaulah bagaikan lilin yang telah meniupkan dan mengapi-apikan semangat kental dalam jiwa.


Coma adalah lagu yang sejujurnya berkenaan perasaan manusia yang cuba menyelami "dark side of the moon" dalam fitrah kehidupan manusia, cuba dengan sejujurnya mengagungkan elemen tragik dalam kehidupan, memang tiada elemen comic dalam lagu-lagu William Axl Rose.
Tidak malu aku katakan aku rasa dah banyak kali aku dengar lagu tu dan aku masih cuba menyelami apa yang cuba dijelaskan oleh beliau dalam lagunya. Semua sebatian kehidupan seperti kekecewaan, kemarahan, ketakutan, kemusnahan, kekalutan, semangat, empati, submission, keinsafan...cukup sebagai rencah dalam lagu faverit aku ni.


Muzik Guns N Roses memang berbau carutan dan adakalanya obscene tahap gaban pada luarannya, tapi bila meneroka dan menjelajahi lanskap pemikiran William Axl Rose, dia adalah pengkarya JUJUR (no biggie!) dan tidak malu membogelkan fitrah kemanusiaannya agar menjadi teladan dan semangat kepada pendengarnya untuk memilih jalan mana yang hendak dituju...seperti yang telah ditekankan olehnya dalam lagu Dead Horse.


Kalau Sid Vicious suka membogelkan keaiban dan kejijikan manusia dan dunia yang penuh kekotoran ke tahap seorang anarchist yang kecewa, namun dalam lagu Guns N Roses tetap ada harapan dan kepercayaan bahawa "hidup ini indah kalau kau nak dia jadi macam tu".


William Axl Rose tidak pernah kedekut dalam pengalaman hidupnya, dia tidak malu dan segan mengajak pendengarnya melangkau ke alam minda dia yang secara jujurnya penuh dengan permasalahan, persoalan dan pencarian kepada jawaban kemanusiaan sehingga kadangkala aku merasakan bahawa William Axl Rose adalah aku! ha ha ha!!! itu adalah pengakuan jujur aku...bukan sebagai William Axl Rose the rock star, tapi sebagai William Axl Rose seorang pendahaga kesempurnaan hidup yang seringkali terkandas dalam peperiksaaan akhir kehidupan.


Aku memang pencinta poet bernama William Axl Rose ini dan aku harap dia akan menemui "harapan" yang ditulisnya dalam semua lagu-lagunya.


ps: "yeah I already left you and you're better off left behind" - Bad Obsession by GnR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...