Thursday, May 1, 2008

Api dan Ais Yang Mega!


Mungkin dalam tulisan aku yang lepas-lepas tentang Malmsteen, kebanyakannya menunjukkan yang aku tak berapa suka dengan mamat ni, hakikatnya sebagai seorang pencinta muzik, aku tidak sepatutnya melemparkan kenyataan bahawa aku tidak berminat dengan pemuzik yang syok sendiri. Memang dari dulu sampai sekarang aku rasakan dan yakin bahawa Engvie J Malmsteen adalah seorang pemuzik syok sendiri dari permainan-permainan solo lajunya yang entah apa-apa, aku memang rasakan tak ada benda nak dilihat dari skil dia.

Namun demikian aku wajib mengatakan bahawa beliau adalah seorang penulis, mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan beliau sebagai seorang komposer muzik yang HEBAT!

aku mendengar Malmsteen ketika aku masih budak sekolah yang selalu alpa dan lalai dengan pendengaran aku sendiri, aku selalu berangan nak jadi macam Malmsteen, masa tu apa aku tau? mana laaa aku reti nak menghargai muzik yang baik seperti album Fire and Ice ni...

Aku mula mendengar album ni tahun 1992, masa tu aku form 6, memang album ini adalah "soundtrack" kepada perjalanan hidup aku yang caca marba masa tu.

Kekuatan album ini adalah pada scoring string yang dibikin Malmsteen...sampai sekarang memang aku stim dan nak terpancut air bila mendengar balik arrangement dia yang menikam minda dan jiwa raga.

Album Fire and Ice adalah album keramat Malmsteen selama-lamanya bagi aku...mungkin album-album klasiknya seperti Oddyssey yang membawa kegarangan Krakatau bisa meledak kepala hotak, namun apa kurangnya Leviathan, makhluk sotong bawah laut yang dikarang oleh Malmsteen dalam album ini.

Terlalu banyak lagu-lagu dalam album ini yang hebat sampai aku mengangkat album ini menjadi album keramat yang tak mungkin bisa hanyut ditelan arus zaman. Lagu-lagu seperti Teaser, How Many Miles To Babylon, No Mercy dan sebagainya adalah penanda kehebatan dan keagungan penulisan muzik Malmsteen yang hebat, agung dan tersendiri.

Malmsteen ada kelasnya sebagai seorang penulis muzik yang relevan dan aku YAKIN namanya akan masuk sebagai seorang KOMPOSER muzik era MODEN yang AMAT RELEVAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...