Ini adalah album sedih yang paling lama ditunggu.
dari tahun ke tahun aku menunggu dan menunggu "mentor" aku menghasilkan album yang sehabis baik...namun penantian ini tidak mengecewakan...
walaupun terkedu beruk dengan dua tiga lagu yang tak masuk akal...namun ada dua tiga lagu yang masih mengekalkan identiti Duff MCkagan, Slash, Izzy Stradlin dan tradisi Guns N Roses itu sendiri.
Axl Rose dah tua 15 tahun dan dah mungkin timbul uban dalam menyiapkan album lagenda ini...namun apa yang menyedihkan dia telah mengikut arus kemajuan sehingga mengorbankan integriti penulisan dan pemahaman muzik ala Guns N Roses.
Rhiads N Bedouins adalah satu-satunya lagu GNR yang menepati falsafah muzik Guns N Roses yang aku kenali selama ini...
anyway I expect nothing from my guru sebab apa yang dia buat memang bagus dan hebat kerana dia adalah inspirasi aku...
William Axl Rose adalah super guru ku...