Seriously, ini album rock band yang paling awal aku beli yang original, bukan ciplak Apache yang harga 3 ringgit tuh! Pertama kali aku kenal David Coverdale masa menonton kompilasi video Kerrang! 20 Monstrous Video yang sangat legend dan keren, di mana ada videoklip Slow An Easy dari album Whitesnake tahun 1984. Sememangnya aku banyak terpengaruh dengan elemen vokal lemak-lemak manis David Coverdale yang sangat menawan hati. Tidak dapat dinafikan Coverdale memang seorang penyanyi blues yang sangat legend dan ianya diakui oleh bekas pemain gitar Whitesnake sendiri - Steve Vai...ceh! dia siap mengaku depan aku tu masa aku interview dia kat Rentak Asia hari tu ha ha ha ha!!! Aku masih ingat masa tu dengan cassette player kereta yang diubahsuai dek abang aku menjadi home player dengan hi fi tak ingat, tiap-tiap pagi aku mainkan album nih sampai aku hafal semua lirik dalam album nih, kalau nak perform the whole album memang aku tak takut punya! ha ha ha!! kesian akak aku tiap-tiap hari kena layan dengar Whitesnake huhuhu!!! Antara lagu-lagu yang sentiasa menjadi ingatan aku termasuklah 'Crying In The Rain" versi 1987, "Straight For The Heart" dan tak dapat dilupakan - "Here I Go Again" yang menjadi lagu tema zaman sekolah aku ha ha ha ha!! Album nih memang layak menjadi album yang sangat legenda sebab dari sudut production, sound dengan konsep, memang sangat "heavy metal" dan terlalu "rock kapak" tak ingat!
Ini ialah album Def Leppard yang pertama aku dengar, sebab masa tu aku memang tak boleh masuk dengan album Hysteria sebab masa tu memang zaman sekolah maka tak berkemampuan nak beli dua tiga kaset dalam satu masa, makanya aku sambar album nih dulu dan hasilnya...wow! memang layaklah band ni menjadi band paling hebat di US tapi tak berapa popular kat UK ha ha ha!! Pertama kali dengar lagu "Foolin'" aku dah rasa macam nak melompat sebab inilah pertama kali aku mendengar sebuah band yang sangat hebat menulis sebuah lagu rock yang kini menjadi sangat klasik dan unggul! Ceh! aku memang tak boleh lupa dengan videoklip lagu nih siap kangkang tak ingat! Ini ialah album soundtrack zaman sekolah menengah aku sebab masa tu aku mampu beli sebijik walkman dan mana-mana aku pergi memang album ni lah menjadi juadah telinga aku haaarrrrrggggghhHHhhhhhhhHHH!!!
Sampai sekarang aku tak dapat faham makna cover album nih! tapi album ni antara makanan telinga zaman sekolah yang sangat nostalgik. Aku mula mengenali Def Leppard apabila aku mendengar "Animal" dimainkan di radio. Aduhai, masa tu aku ingat band nih macam band AOR aje sebab lagu dia memang tak metal langsung. Namun demikian setelah puas mendengar dan menghadam Pyromania, maka aku proceed kepada Hysteria dan hasilnya...aku HYSTERIA sampai sekarang bila mendengar album nih!!! Bagi aku dan orang lain, mungkin...ini ialah album Def Leppard yang sangat menarik dan hebat sehinggakan sampai sekarang tak ada album lain dari band nih yang mampu lawan semangat Hysteria dalam album nih...dan aku akan bagi anak aku dengar album nih sampai pengsan!!!
...dan album paling berpengaruh dan membentuk siapa diri aku sebenarnya datang dari satu band yang sangat kurang ajar dan outspoken! William Axl Rose ialah seorang manusia yang sangat "Bi-Polar"...kadang-kadang aku melihat satu bentuk pada pemikir-pemikir genius ciptaan Tuhan nih. Kalau dia tak gila, dia mesti suka buat maksiat dan suka high dengan life...ohhh...dunia!!!
Ini adalah dua album yang accompany aku masa aku sedang berada dalam zaman-zaman kegelapan...zaman hampir terperosok ke dalam ignorance dan kebodohan...aku agak William Axl Rose ialah seorang kaunselor kerohanian yang sangat besar dan sangat hebat walaupun sebenarnya akhlak dia sangat buruk...aku mula memahami kriteria elemen Ying dan Yang dalam kemanusiaan...sebab kalau manusia itu sempurna, dia adalah setaraf Tuhan dan tak mungkin perkara itu boleh berlaku...oh! berbalik kepada William Axl Rose, bagi aku kalau aku dapat jumpa mamat nih for sure aku akan peluk dia dan cakap Toche! Toche!, terima kasih kerana "menemani" aku saat-saat aku sedang hampir menjadi separuh gila dengan dunia! Album ini buat aku rasa aku sangat cool dan hebat...dan aku boleh melalui semua pancaroba dunia dengan nasihat dan semangat yang ditiupkan oleh roh suci Axl Rose dalam lirik-lirik dia yang sangat puitis dan "makan dalam". Sebagaimana Anton Salieri memahami dan mengagungkan Tuhan bilamana dia mendengar muzik Mozart dalam filem Amadeus, macam tu jugaklah aku mengagungkan Allah Taala bilamana aku mendengar "genius" bernama Axl Rose ini!! ha ha ha ha!!!
Dan...ada lagi!