Aerosmith adalah sebuah rock grup yang aku kenali sekitar tahun 1990 - 91 ketika mereka menggila dengan album Permanent Vacation. Aku sukakan aura Steven Tyler yang tegas, serius dan tahu apa yang dia mahukan dalam hasil persembahan seni Aerosmith. Execution idea Steven Tyler selalu ada kelas, tambahan pula diversity pada penghayatan seni muzik menyebabkan dia layak digelar living legend.
Aerosmith adalah cantuman idea rock grup kental yang AOR dan penuh ekspressi muzik yang tiada taranya.Mereka bangga dengan muzik asas rock n roll bawaan kampung mereka USA, tapi dalam masa yang sama tahu menilai muzik-muzik eksotika yang ada wujud di sekeliling dunia.
Album Permanent Vacation, seperti kata Tom Hamilton, pemain bass kumpulan ini, adalah titik mula mereka untuk berevolusi setelah tiga tahun berpecah tanpa apa-apa album studio. Tom menganggap bahawa album Permanent Vacation adalah "kembalinya mereka dari kubur" Setelah mati akibat drug abuse. Ternyata Permanent Vacation adalah papan tanda ghaib Aerosmith yang menyatakan, "kami belum mahu mati lagi".
Album seterusnya, Pump (yang katanya mempunya slang seksual yang melampau) adalah bukti bahawa Aerosmith bukan sekadar "your typical" rock band yang hidup segan mati tak mahu...kemunculan semula mereka adalah bukan atas dasar dah kedeghek tak berduit atau dah pokai, tapi mereka kembali dengan letupan! Dengarlah lagu-lagu seperti Young Lust (alah...Steven ni dah tua nak mapus tak sedor diri), Love In An Elevator dan Monkey On My Back yang merupakan signature baru muzik Aerosmith ketika itu. Tidak lebih dari itu, muzik aerosmith adalah muzik Aerosmith...full stop.
Album seterusnya...Get A Grip menyaksikan Aerosmith begitu bersahaja dengan konsep muzikal tradisional walaupun masa tu org tgh gila dengar grunge, pakcik-pakcik tua ni selamba aje...redah aje beb!
Nine Lives menyaksikan bagaimana Aerosmith tetap percaya dengan kekuatan muzikal mereka tanpa mahu tunduk kepada kehendak pasaran.
Just Push Play...sendiri denghar...sendiri mau ingat!
Wanna know what Evolution is...go talk to Steven Tyler!
Evolve or extinct??? come on...get a life!!!