Wednesday, September 19, 2007

Apa Yang Real nya??? Reality Bites???

Muzik dan Business...satu kombinasi sesat lagi menyesatkan.

Ramai org suka menyanyi, maka wujudlah rancangan-rancangan realiti televisyen seperti yang selalu tonton di tv perdana. Maka sebenarnya rahmat dan berkat disebalik rancangan Televisyen Realiti ini ialah semakin ramai tukang kritik, tukang ketuk, tukang kutuk dan tukang tunjuk bagus berkeliaran di majalah-majalah dan forum-forum serta blog-blog serabai dan slackers macam blog aku ni.
Mungkin org kutuk siri realiti tapi aku puji sebab dengan adanya siri realiti makin ramai org tahu bezakan muzik yang sumbang dengan muzik yang sumbang manis. Makin ramai ahli professional yang kuat kritik seperti Farihin Abdul Fatah (Collin Powell M'sia??), Azmeer dan ramai lagi...tapi paling aku nak gelak macam nak mampus bila ada tukang kritik profesional kata Amy Search tu lagenda...siapa kasi itu title dek??? Professionalkah ini??

Selalu gak aku tgk rancangan realiti seperti Mystarz, Gangstarz, Gempakstarz (tu nama majalah daa!) dan banyak lagi...tapi dari pandangan aku, selain membuka mata pendengar dan peminat muzik, siri ini ada juga kesan sampingannya...Ia melahirkan manusia-manusia arrogance dan sombong bodoh...siapa? Azmeer??? Apa dia tau??? dulu dia pun nyanyi sumbang mambang??? Tak sedar diri! Ada satu masa tu aku dengar dia kritik, dia cakap...lagu tu macam tu dah macam tu, kau kena ikut...jangan rosakkan stail lagu tu...eheh!!! apa kejadah dia fikir macam tu...mentang-mentanglah artis tu internationally acclaimed superstar, so kena ikut lah sampai ke lubang-lubang jamban???

Dari siri-siri realiti televisyen ini juga kita lihat betapa sebenarnya TIDAK PROFESIONAL nya org-org REALITI nih...mamat tu nyanyi sumbang gila pun boleh dapat number one?? Itulah hikmah siri realiti tv hari ni, mengeluarkan dan mengasingkan antara org-org yang betul-betul menghargai seni dan hiburan dengan org-org yang opportunis macam ni. Sebenarnya siri realiti tv ini adalah RAHMAT ALLAH kepada para pengkaray-pengkarya muzik di luar sana.

Sebenarnya pegangan muzik aku ialah - dalam muzik tak ada business. now thanks to reality television nowadays, baru kita nampak bahana bila seni yang suci murni dan ikhlas (mengikut hati perut masing-masing laaa) menjadi bahan jualan untuk dapat habuan ratus-ratus ribu...aku dengki? tak ada maknanya aku nak dengki, aku bukan jenisan manusia yang menjual muzik dengan harga yang sedikit...ha ha!!!

Malangnya bila ada manusia dah menetapkan satu standard pada benda-benda yang tak difahamnya. Macam makan nasi dengan main muzik, beza tu dek...bila kita makan nasik atau makan makanan sedap memang la kita tau rasa dia sedap atau tak ikut selera kita, tapi bila kita nak compare style of performance seorang manusia dengan manusia lain...adil ke???
Tapi paling aku nak tergelak bila org cakap muzik underground tu jujur, hebat, ikhlas dan macam-macam lagi lah...ini semua adalah kerana diversion, dia nak divert kepada satu komuniti market alternatif untuk menjual majalahnya...ha ha ha!! Nak gelak aku bila org yang aku pernah dengar dia kutuk bebudak underground katanya main muzik macam mesin tetiba boleh jilat juboq bebudak underground plak...mungkin majalahnya tidak mendapat perhatian media mainstream lagi.

Alamak!!! Dalam muzik tak ada business...nak duit bayar sewa rumah, beli tv, cari pompuan kalau main muzik apa laaa sangat? Baik rompak bank aje...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...