Memang ada sejarahnya yang tersendiri bila aku mula meminati Dream Theater, sebenarnya aku bukanlah pencinta elemen-elemen teknikal muzikaliti dan aku memang menyampah dengar lagu yang ada solo 24 jam main laju-laju sampai lupa Tuhan. Aku mula menyedari kehadiran Dream Theater dalam seni muzik aku bila member sebilik aku masa kat Uitm, Samson nama dia, main kibod dan pernah main band dengan aku...mula membeli dan mengumpul album-album Dream Theater, masa tu Dream Theater ni memang tak popular langsung kat sini, tak ada siapa mau dengar, tak silap aku masa tu album second depa, Images And Words baru keluar...
Sampailah satu hari, budak muzik yang satu batch dengan aku telah sampai ke bilik aku dan mula mendengar muzik band bernama Panggung Impian (haa!!) ini...maka dia pun pakatlah nak pinjam kaset (masa tu CD belum grand lagi!) member aku nih...pernah laaa jugak si Samson ni bisik kat aku..."hmmm org lain dah berkurun dengar DT dia baru nak dengar ke?" ha ha ha!!!
Selepas member budak muzik aku mendengar album terhebat DT (yang masa tu aku dengar pening kepala!) maka kecohlah satu sekolah dengan muzik Dream Theater, maka para cendikiawan cendawan muzik di sekolah aku pun mulalah memperdebatkan topik band tercanggih masa kini (masa tu laaa!) - Dream Theater.
Tapi masa tu memang aku tak minat langsung dengan Dream Theater, sebab dia org punya muzik bagi aku masa tu - too theatrical! tak ada benda...main gitar laju 24 jam tanpa henti bukanlah impian aku sebagai musician...memang masa tu aku menyampah dengan Dream Theater sama seperti aku menyampah dengan lagu-lagu nu metal ala Linkin Park...yang sampai sekarang aku tak boleh masuk...
Tahun 2000 mengubah persepsi aku kepada muzik Dream Theater...A Change Of Seasons adalah EP mereka yang berjaya menarik minat aku untuk mengkaji elemen muzikal mereka, sebab dalam kelajuan 2400 KM Sejam aku mula merasakan ada ciri-ciri romantik dalam muzik mereka terutama permainan bass John Myung yang memang superb! Cinta mula berputik apabila aku terus transcribe lagu depa, masa tu memang aku tak terfikir langsung nak buat lagu tu jadi arrangement aku untuk aku punya final project kali kedua...untuk exam Final Degree Muzik aku...tak terfikir langsung...masa tu aku transcribe sebab aku suka sangat dengan lagu tu...macam kena aje dengan emosi aku...lebih-lebih lagi bila aku mula memahami bijik butir lirik depa...memang berfalsafah Yunani yang jitu! setau aku drummer depa memang penganut ugama Katolik yang kuat! tak heranlaa kan...org yang percaya Tuhan ni memang ALLAH akan bagi speciality kat dia tak kira laaa dia agama apa...kan? itu persoalan aqidah...tapi as long as dia percaya Tuhan, memang apa yang dia buat tu biasanya mesti ada "benda" laaa...kan?
Makanya aku pun mula mencari album depa yang lain...tapi masalahnya aku duduk kat Sarawak masa tu...so...susah sikit la nak cari kaset depa...tapi entah macam mana aku terjumpa la pulak dekat satu kedai nih...
Album "Awake" masa tu memang buat aku rasa macam...wow!
masa tu aku agak Tuhan dah bukak satu lagi deria aku lepas aku mendengar album tu...ini adalah kerana selepas itu aku banyak mengalami gangguan-gangguan paranormal...ha ha ha haq!!!
Memang ketika tu aku sedang struggle untuk masuk balik Uitm sebab aku dah dua kali fail final project, satu aku tak ambik, satu aku tak daftar...puas jugak aku merayu sampai keluarlah surat-surat dari Uitm yang mengata aku, memfitnah aku...tapi akhirnya selepas aku dibantu oleh pihak BPA, (ironinya pegawai BPA tu kali terakhir dia jawab call aku dia kasi nasihat, dia cakap - "pedulikanlah apa org nak kata awak, saya tahu awak bagus, you will make it") maka akhirnya aku dapat juga buat final aku kali ketiga...dan pegawai itu akhirnya ditukar ke tempat lain kerana cuba membantu aku...alaaa...biasalah...kan?? Teori Konspirasi???
Memang aku fail buat kali ketiganya di Uitm, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya membukak mata pensyarah-pensyarah yang kononnya mat jazz, mat klasikal apa semua tu, kan...??? sampai ternganga jugalah melopong salah seorang pensyarah jazz di situ yang memandang aku dengan jakinya...
Memang arrangement aku masa tu simple gila babi...tapi dengan pertolongan seorang dari pensyarah kat situ yang memang memahami nasib aku di Uitm, maka arrangement aku menjadi terlebih gempak!!! walaupun aku fail tapi aku berjaya membuktikan pada pensyarah klasikal dan jazz kat situ...apa lagu rock pun tak ada yang bermaruah ke???
aku pun tak ingat samada aku ada simpan lagi tak transcript lagu medley Dream Theater aku tu...tapi tak ada masalah bagi aku nak tulis balik sebab dah ada dalam kepala otak daaa...
Bagi aku album A Change Of Seasons memang kena dengan keadaan hidup aku...yang selalu dizalimi dan menzalimi...ha ha ha ha!!!