Sunday, October 21, 2007

Rock Kuncup, Rock Kangkang...Mengangkang!!!

Seawal kurun terbaru milennia ini, aku masih teringat bagaimana satu puak yang kononnya "evolve or extinct" pernah menyatakan bahawa Muzik Rock Malaysia tak akan kemana...Muzik Rock Malaysia sudah statik, Muzik Rock Malaysia sudah extinct...sampaikan ada sebuah majalah hiburan teknikal menulis satu artikel tentang "evolve or extinct"...sekaligus mengutuk band-band melayu yang ketika itu memang hidup segan mampus tak reti-reti...


band seperti Rusty Blade, BPR dan sebagainya memang payah nak masuk cover masa tu...sebab memang editor-editor masa tu akan kata...alaaaa! band dah nak mampus buat apa masuk cover?


Pernah juga aku bertekak dengan seorang editor / pengarah urusan sebuah penerbitan majalah yang teramatlah teknikal (kononnya)...ketika itu muzik berteknologi tinggi memang sedang meletup...editor tu cakap...tak payah layan laaa band-band kampung ni...pernah juga editor itu mereject tulisan aku tentang sebuah band yang sama taraf dengan Jinbara...buek ponek aku amik gambar, suruh depa posing hensem-hensem last-last dia reject...dia cakap...band kampung tak layak masuk majalah aku...


Aku juga pernah digelakkan oleh sidang editorial majalah terbabit yang menjadi sucessor aku selepas itu, aku agak depa mesti teringat punya...aku cakap "rock kapak yang korang kutuk tu pasti akan emerge satu masa nanti..." mungkin sebab menjawab tuduhan editor picisan tu yang kata bebudak Melayu tak reti main lagu rock...makanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...